Surau Al-Ihsan SK Mentuan dibina pada tahun 1996, semasa pentadbiran Guru Besar En. Fauzi bin Deris(1995-1997). Surau Al-Ihsan dibina dalam kawasan sekolah yang mana keluasan adalah berukuran 30 x 30 kaki persegi.
Surau Al-Ihsan dibina hasil dari derma pelbagai pihak termasuklah derma perseorangan dan derma dari sekolah-sekolah yang berhampiran dengan SK Mentuan.
Pembinaan Surau Al-Ihsan dilakukan secara bergotong-royong dikalangan kakitangan sekolah yang berkemahiran dalam bidang ini. Pelan surau yang dijadikan panduan dalam pembinaan ini juga merupakan hasil perbincangan dikalangan pentadbir dan guru-guru SK Mentuan.